Sunday, January 9, 2011


Salam kawan - kawan. Dah lama betul tak berblogger dan bertemu di alam maya. Sesekali rasa teringin menulis di sini tapi masa tidak mengizinkan. Sibuk sangat la... Dah join macam - macam aktiviti ni dah tak sempat pula nak menulis. Tapi hari ni try jugaklah.....

Apa yang sibuk sangat sampai nak menulis di blog pun tak sempat ? Haha..... kalau kawan - kawan nak tahu, saya ada hobi baru iaitu buat roti, bun dan pizza. Mula - mula saya ingat susah sangat buat pizza tu. Tapi bila dah hadiri kelas.....oooo.....senang rupanya. Yang tak reti masak pun boleh buat. Rasanya pun lembut tak yang macam kita beli kat pasaraya.

Malam - malam buat pizza, pagi - pagi anak bawa bekal pergi sekolah. Ada lebih bawa ofis bagi kawan - kawan rasa. Ada yang mengorder pulak tu. Hmmm... tak sia - sia pergi kelas hari tu.

Kalau kawan - kawan nak belajar buat roti, bun dan pizza, bagitau saya ye. Kelas setengah hari bayarannya RM 20 seorang sahaja. Bahan - bahan disediakan. Saya jamin kawan - kawan mesti boleh buat punya kerana resepi yang diberi mesti menjadi. Boleh buat untuk bekal anak sekolah, buat jamuan besday anak, atau buat bisnes kecil - kecilan di rumah. Kalau berminat kawan - kawan bolehlah email ke suterawangi@gmail.com

3 Comments:

  1. Anonymous said...
    Sy berminat sgt nk bljr..tp ni di mana lokasi nya ya..tlg email sy ye eryn_zz@yahoo.com
    Salwq said...
    Salam sy berminat nk masuk kelas ni...camana nk hubung ye...hp sy 0172487813...tq
    edamulder said...
    Salam..puan masih berminat nak adakan kelas buat roti ke? Di mana ye?

Post a Comment