Friday, May 28, 2010

Selamat bertemu kembali kawan - kawan. Kali ini saya ingin memperkatakan tentang 10 perkara yang tidak boleh dilakukan di facebook. Facebook di ketika ini merupakan medium untuk seseorang meluaskan lagi rangkaian persahabatannya. Ianya amat popular pada masa kini dan menjadi kegilaan tidak kira tua muda, lelaki dan perempuan. Dengan facebook anda boleh menambah kenalan anda, berinteraksi dengan mereka, mengetahui perkembangan semasa dan menghubungi kembali kawan - kawan lama.

Namun disebalik semua itu ada beberapa perkara yang tidak boleh kita lakukan di facebook. Antaranya ialah :-

  1. Mendedahkan semua maklumat peribadi anda di facebook. Maklumat peribadi kita sebenarnya tidak perlu didedahkan kepada umum. Maklumat seperti alamat rumah, no. handphone, alamat email, alamat tempat kerja, maklumat bank dan sebagainya tidak perlu dinyatakan di dalam profail kita. Maklumat - maklumat ini hanya akan digunakan oleh orang yang berniat jahat untuk pelbagai tujuan yang memberi mudarat kepada kita.
  2. Mengupload semua gambar - gambar simpanan peribadi kita dari gambar kita semasa kecil, ketika bersekolah, dewasa dan gambar terkini bersama keluarga. Juga gambar anak - anak kesayangan kita. Dikhuatiri gambar - gambar itu digunakan oleh orang yang berniat jahat untuk menyamar sebagai saudara jauh kita yang tidak pernah kita jumpa dengan tujuan untuk merompak. Atau mereka menunggu anak - anak kita di sekolah dengan gambar yang ada pada mereka dengan tujuan dan niat yang jahat.
  3. Mendedahkan no. pin kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali. Jangan dedahkan no. pin kad kredit anda kepada sesiapapun atas alasan apa sekalipun. Kerana ia boleh menyebabkan anda kehilangan semua wang dalam akaun kad kredit anda.
  4. Meluahkan rasa marah anda pada seseorang di facebook. Walaupun anda yakin orang itu tidak mengetahuinya kerana tidak 'add friend' dengan anda, namun mungkin ada seseorang yang mengenali beliau dan menyampaikan perkataan anda itu. Kesannya anda mungkin akan bergaduh atau berperang dingin dengan orang tersebut.
  5. Mencabar seseorang di facebook. Pernah saya terbaca di akhbar seorang wanita muda diluar negara yang mempunyai 3 anak mencabar pemuda - pemuda liar yang selalu melepak berhampiran rumahnya di facebook. Akibat daripada itu, dua orang anaknya mati dalam kebakaran rumahnya yang dilakukan oleh pemuda liar tersebut.
  6. Mengata dan mengutuk majikan dan tempat kerja anda. Ada pernah berlaku seorang pekerja meluahkan kebosanannya bekerja di tempat kerjanya. Pekerja itu akhirnya dibuang kerja kerana ketuanya membaca luahannya itu.
  7. Melayan pertanyaan yang diberi oleh facebook yang adakalanya tidak berfaedah dan menjatuhkan maruah orang lain.
  8. Terlalu asyik berfacebook sehingga melupakan kerja - kerja yang perlu dibereskan segera sama ada ditempat kerja mahupun di rumah.
  9. Membuat pengumuman di facebook bila anda akan meninggalkan rumah seperti " yahoo...esok balik kampung...". Ini mendedahkan rumah anda kepada orang yang berniat jahat.
  10. Menceritakan keburukan suami / isteri / ibubapa / saudara terdekat atau hal rumahtangga di facebook. Walaupun tujuan anda hanya untuk bergurau, ini amat memberi kesan dan menjatuhkan maruah mereka.

Kesimpulannya, walaupun facebook memberi kebaikan mendekatkan kita kepada kawan - kawan namun kita perlu berhati - hati di atas segala perkataan kita di facebook. Berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pernyataan kerana bimbang akan memudaratkan diri kita sendiri. Selamat berfacebook dan salam sayang.....

Wednesday, May 19, 2010

Salam mesra kawan - kawan. Agak lama tak bertemu di dunia blogger ni. Maaflah, kesibukan yang melampau membuatkan saya terpaksa melupakan seketika dunia kegemaran saya ini. Sekarang dah kurang sikit kesibukannya, bolehlah saya meneruskan aktiviti kesukaan saya ini dan bertemu kawan - kawan maya saya. Siapa lagi kalau bukan kawan - kawan tersayang...

Kali ni saya nak kongsi pengetahuan dengan kawan - kawan tentang Projek Copycat. Apa bendanya Projek Copycat tuh ? Dulu - dulu ada jugak saya dengar tapi tak ada orang nak terangkan pada saya pun. Takut jugak nak masuk, takut duit habis. Sekarang ni bila dah jadi ahli worldwellness yang memasarkan produk RxWater dan RxLite yang tengah top tu, baru saya faham. Ini yang saya nak terangkan pada kawan - kawan nih.

Apa itu Projek Copycat ? Projek Copycat bertujuan memudahkan anda mencapai pendapatan lumayan melalui satu evolusi pelan pendapatan tradisional MLM. Di bawah Projek Copycat, ahli tidak perlu menjual, malah modal yang anda keluarkan adalah khas untuk kegunaan anda sendiri sahaja!

Atas dasar itulah Projek Copycat digelar sebagai “Projek Menghasilkan Pengguna Jutawan”.

Secara ringkasnya, Projek Copycat mempunyai 3 langkah sahaja:

1. Beli, atau labur serendah RM198 sebulan (kalau ada orang bawah dah free dah)
2. Guna produk yang anda beli
3. Kongsi dengan bakal pengguna lain (7 orang)

Ahli – ahli hanya perlu menggunakan salah satu daripada 8 Pakej Copycat dengan kos serendah RM198 sahaja sebulan. Kos yang rendah ini memudahkan pengguna membuat pembelian setiap bulan, hanya untuk kegunaan diri sendiri.


*Projek Copycat bernaung di bawah syarikat WorldWellness Network dan disahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Pada bulan pertama, sekiranya kawan - kawan dapat cari 7 kawan yang lain jadi ahli dan beli produk berharga RM 198, anda akan dapat RM 350. Maknanya, anda boleh dapat produk dengan percuma sahaja pada bulan - bulan seterusnya. Sekiranya 7 kawan anda dapat mencari 7 kawan yang lain, anda akan menjana pendapatan yang lumayan. Tapi tak payahlah tengok yang puluh - puluh ribu tu. Kalau dapat seribu dua sebulan pun dah syukur dah sebab modalnya pun RM 198 je.

Kalau kawan - kawan berminat dan nak cuba, bolehlah daftar online di http://worldeboom.worldwellness.com.my . Daftar ahli ( RM 9.90 ) + produk copycat ( RxLite / Rxtra / Colostra ) + web sendiri ( RM 20 setahun ). Kalau ada yang tak faham email ke suterawangi@gmail.com
Ok kawan - kawan, masa untuk mengundur diri. Selamat mencuba dan selamat berjaya.....



Thursday, May 6, 2010

Salam mesra kawan - kawan. Wah wah... selepas habis pantang ni saya asyik bercerita pasal kecantikan dan merawat badan je. Mesti ada yang boring bacakan. Tapi tak pe lah, saya sekadar nak berkongsi dengan kawan - kawan. Dulu memang tak ada kesedaran diri, tapi bila dah berada di alam 30-an ni rasa perlu buat sesuatulah. Dulu - dulu badan bergetah lagi, sekarang getahnya dah kurang. Masa muda badan kurus je tapi bila dah jadi mak orang dengan anak berderet - deret, badan naik macam di pam - pam. Oh tidak ! Kena lakukan sesuatu sebelum badan terperangkap dalam kegemukan dan susah untuk menguruskannya semula.

Baru - baru ni ada kawan rekemen saya dengan satu produk menguruskan badan yang tengah meletup - letup di pasaran. Pernah dengar RxLite yang ramuannya dicipta khas oleh doktor perubatan? Apa kelainannya jika dibandingkan dengan produk kuruskan badan yang lain ? Mengapa ianya begitu hangat sekarang ? Kawan saya tu kata RxLite ni mempunyai rasa koko. Hanya bancuh dengan secawan air dan minum dua kali sehari. Ia mengandungi Garcinia Cambogia yang bertindak sebagai penghalang rasa lapar semulajadi beserta L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lema. Formula khas DND Fiber pula membantu kita rasa kenyang selepas minum secawan koko RxLite! Jadi kita tak payah paksa diri kita untuk berlapar.

Sudahlah mudah, lazat dan berkesan, boleh buat duit pulak tu !. Kawan saya kata modalnya sangat minima, tak perlu menjual ( kita guna sendiri ) dan kemudian ceritakan kehebatan produk ini pada kawan kita. Senang, kan ? Ini yang buat saya nak cuba sangat ni. Dahlah dapat kurus, boleh buat duit pulak tu. Tak sabar - sabar saya nak isi borang. Kalau kawan - kawan nak kurus dan ' berwang' bolehlah email kat saya no. hphone kawan - kawan ke suterawangi@gmail.com.

Jom kawan - kawan. Jom kita kuruskan badan dan gemukkan poket kita dengan cara senang dan sedap. Jangan fikir - fikir lagi. Lambat nanti kita ketinggalan kerana ianya sedang meletup - letup di pasaran. Ayuh kita !!!


* klik 2 kali untuk pembesaran.

Sunday, May 2, 2010

Selamat bertemu lagi kawan - kawan. Terasa segar hari ini. Mana taknya, saya dah mula gunakan produk susu kambing asli dari belina. Terasa segar satu badan. Baunya sedap..... bau susunya melekat kat badan. Tak caya, marilah datang dekat. Pasti baunya melekat pada kawan - kawan pula.

Topik saya pada kali ini untuk wanita. Untuk para isteri. Tapi kalau kaum lelaki dan para suami nak baca, silakan. Mana tahu ada tip untuk bantu isteri agar lebih kelihatan cantik dan segar.

Kalau dulu sebelum kahwin, wanita terlalu menjaga penampilannya. Semuanya mahu kelihatan cantik dan kemas. Muka yang licin, badan yang wangi, kulit putih gebu, malah kalau ada jerawat batu yang tersesat di muka pun, sure tak nak keluar rumah punya, kan ?

Tapi bila dah kahwin, terutamanya telah mempunyai anak, wanita yang bergelar isteri ini mula mengabaikan dirinya ( termasuk saya ). Alasan sibuk melayan anak dan suami, kerja di rumah yang banyak, kerja di pejabat lagi, menyebabkan isteri tiada masa untuk memikirkan dan merawat diri sendiri. Apa yang ada itulah yang dipakai. Diri sendiri bukan kepentingan utama lagi. Duit pun berkira - kira nak keluar. Takut budget lari. Percayalah cakap saya, ada isteri yang mencuci mukanya setiap hari hanya dengan menggunakan sabun mandi !!!

Saya tak nak membebel panjang mengenai perkara ini. Tapi saya ada menulis sebuah sajak ( original tau ) khas buat para isteri. Renung - renungkanlah apa yang ditulis. Pesanan saya, peruntukkanlah sedikit masa untuk diri anda sendiri. Jika anda tidak sayang diri sendiri, siapa lagi ? Dan jangan lupa jenguk - jenguk ke kedai online http://beautyhealthybelina.blogspot.com mungkin ada yang sesuai untuk anda. Salam sayang. Bye.....


KISAH SEORANG ISTERI
Seorang isteri
Sanggup bertarung nyawa
Demi memenuhi impian suami
Punyai zuriat pewaris harta.
Seorang isteri
Dengan rela turut bekerja
Demi niatnya membantu suami
Agar tidak terputus belanja.
Ketika melintasi pasaraya terkemuka
Kaki si isteri tiba - tiba terhenti
Matanya terpandang pakaian mahal
Hidungnya tercium haruman terkenal
Kalau diikutkan rasa hati
Dirinya begitu ingin memiliki.
Tetapi si isteri cepat sedar diri
Sambil berlalu dia berkata
" Biarlah aku tidak bersolek,
Pakaianku tidak menarik,
Asalkan keluargaku cukup segala,
Anak - anakku kenyang perutnya. "
Namun setelah bertahun lamanya,
Si isteri tiba - tiba tersentak
Pabila suaminya bersuara,
" Engkau tidak pandai mengurus diri,
Pakaianmu lusuh tidak berganti
Mukamu pudar tiada seri
Mengahwinimu
Tidak pernah membuat aku bahagia,
Menjadi suamimu
Tiada apa yang dapat aku bangga. "
Malam telah melabuhkan diri
Tetapi si isteri masih tetap di situ
Mencari - cari kekuatan diri,
Mencari - cari harga diri,
Sekarang baru si isteri menyedari,
Pengorbanannya selama ini
Tiada harganya
Di mata suami !!!

Wednesday, April 28, 2010

Salam manis kawan - kawan. Bertemu lagi kita setelah lama tidak memasuki dunia blogger. Maaflah, sibuk sikit. Maklum ajelah orang ada baby kecil ni. Tak boleh nak mengadap komputer langsung. Ditambah lagi dengan anak - anak lain yang asyik meragam sebab ibu asyik tumpu pada baby je. Aduh, tak terlayan rasanya. Tapi sekarang dah ok dah. Dah start kerja balik dah. Baby pun dah besar sikit dah.

Bila dah kerja balik ramai kawan - kawan yang tegur ( ehem ) dah kurus sikit dah sekarang. Rahsianya makan nasi dan ikan bilis goreng hari - hari. Kulit pun dah cerah ( mana taknya dalam pantang asyik duduk dalam rumah je ). Cuma ada masalah sikit la. Banyak bekas - bekas hitam ( dalam bahasa kasarnya - karat ) hasil daripada mengandung hari tu yang susah nak hilang. Ish, tak boleh jadi nih. Kena usahakan sesuatu. Nak kena cari produk yang boleh hilangkan bekas - bekas hitam tu.

Cari punya cari, pilih punya pilih, akhirnya keputusan telah dibuat. Ya.....pilihanku ialah produk penjagaan kulit yang berasaskan susu kambing iaitu belina. Mengapa belina ? Sebab produk ni telah berada di Malaysia selama 28 tahun. Produknya bermutu tinggi, diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia. Lagipun harganya berpatutan dan mampu dimiliki. ( Kalau mahal sangat saya pun tak nak ). Sebenarnya saya dah dengar pasal belina ni dah lama, cuma susah nak cari orang yang menjual produknya. Tapi sekarang ni boleh beli secara online je sebab ada blog yang menjualnya iaitu http://beautyhealthybelina.blogspot.com

Kalau kita masuk blog tu, kita akan tahu pelbagai jenis produk belina. Tapi antara banyak - banyak produk tu ada beberapa produk yang terlaris dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya ialah set - set percubaan penjagaan kulit muka yang ekonomi dan berpatutan untuk orang yang pertama kali mencubanya mengikut jenis kulit.

Kalau sabun tu, ada dua jenis sabun yang mendapat permintaan yang tinggi. Pertama sabun Old Master Beauty Soap yang amat berkesan untuk orang yang ada jerawat di belakang badan dan mampu menghilangkan karat - karat di badan terutama di leher, perut dan di celah - celah yang terlipat. Harganya kalau yang besar ( 125g ) baru RM 27 dan tahan selama tiga bulan. Nak tengok gambarnya ? Itu dia...
Satu lagi sabun yang orang suka sangat nak beli ialah English Rose Beauty Soap. Sabun pencerahan yang amat sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari ( kalau buka tudung, nampak belang di tepi telinga ). Sabun ini mampu mencerah, menggebu dan mengembalikan warna asal kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Harganya cuma RM 26 dan tahan selama tiga bulan. Sabun - sabun belina ni baunya wangi. Cam bau susu. Sedap betul. Gambarnya kat bawah.

Ada satu lagi produk belina yang saya nak berkongsi dengan kawan - kawan iaitu Tablet susu kambing asli belina. Ianya sumber yang baik untuk kalsium & asid amino tryptophan, protein, fosforus, riboflavin ( vitamin B2 ) & potasium. Kanak - kanak dan wanita mengandung pun boleh makan. Kalau nak kulit yang putih gebu, amalkanlah makan tablet ni. Hasilnya pasti tak mengecewakan. Gambarnya ?


Apa - apapun, saya dah tak sabar untuk melihat hasilnya. Ayuh kawan - kawan, mari kita sama - sama buangkan yang karat dan tinggalkan yang putih gebu pada badan kita. Diri kita, kitalah kena jaga. Siapa lagi ? Jangan lupa layari http://beautyhealthybelina.blogspot.com k. Bye.....

Monday, March 29, 2010

















Salam mesra kawan - kawan. Ada satu berita atau tawaran menarik nak bagitau kengkawan nih. Dengarnya DBKL akan mengadakan Bazar Jualan Pokok atau Produk Landskap di taman - taman awam di sekitar Kuala Lumpur.


Kepada kawan - kawan yang berminat nak berniaga, atau sesiapa orang perseorangan atau company yang berminat untuk menyertai bazar jualan tersebut sebagai peserta atau peniaga secara tetap bolehlah hubungi Pegawai yang bertugas En. Ahmad Rizal di talian 019-3548660 atau email rizal8690@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat tetapi bergantung kepada terma dan syarat. Cepat..... tawaran adalah terhad !!!
p/s : gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

Sunday, March 21, 2010

Bermula dari saat disahkan mengandung, kemudian mabuk alahan, ulang alik ke hospital, bersalin , berurut dan sekarang adalah fasa - fasa terakhir untuk seorang ibu iaitu berpantang. Kalau diikut -ikutkan hati malas betul nak berpantang ni. Tapi tak boleh, tak boleh. Kena berpantang gak.


Berpantang ni amat penting untuk ibu - ibu yang baru lepas bersalin. Ia tidak boleh dipandang remeh. Selepas bersalin, para ibu selalunya akan banyak kehilangan tenaga dan darah. Jadi tempoh berpantang selama 44 hari adalah penting untuk mengembalikan kesihatan si ibu. Ada ibu terutamanya ibu muda yang baru melahirkan seorang anak tidak mengambil berat tentang berpantang ini kerana mereka merasakan mereka kuat dan mempunyai banyak tenaga. Tapi percayalah, setelah usia meningkat, baru mereka akan merasakan sakit - sakit badan akibat tidak mengamalkan pantang.


Selain berurut untuk membetulkan urat, bertungku untuk melancarkan peredaran darah, si ibu juga perlu memakai pilis di kepala untuk menghilangkan pening, berbengkung untuk mengembalikan bentuk badan dan memakan jamu untuk mengembalikan kesihatan. Tapi awas, kalau boleh makanlah jamu setelah si anak benar - benar disahkan bebas jaundis atau sakit kuning kerana jamu itu panas. Si ibu juga perlu sentiasa memakai stoking dan baju sejuk untuk mengelakkan dimasuki angin.


Selain daripada itu si ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu menjaga pemakanannya. Tidak boleh makan sebarang - sebarang terutamanya yang berangin seperti pucuk ubi, yang gatal seperti telur dan sea food, yang sejuk seperti sayur timun, kebanyakan buah - buahan dan yang paling - paling perlu dijauhi adalah meminum ais.


Selalunya ketika berpantang, saya hanya minum milo cicah biskut kering untuk sarapan, makan nasi dan ikan bilis goreng untuk tengahari dan malam serta minum milo dan quaker oat untuk minum petang. Boleh juga dijadikan diet untuk kuruskan badan.


Bila habis pantang dan mula masuk kerja selalunya saya akan kurus sedikit ( perasan ). Dan bila start kerja bermulalah fasa kenaikan berat badan kerana saya akan mengamalkan satu lagi pantang iaitu pantang jumpa. Huahuahua, tunggulah pizza hut dan yang sewaktu sewaktu dengannya..........

Tuesday, March 16, 2010

Selamat bertemu kembali kawan - kawan. Rindu rasanya dah lama tak berblogging. Namun apakan daya, kesihatan tak mengizinkan. Selepas bersalin badan jadi lemah. Nak jalan pun tak larat. Mana taknya, tenaga banyak hilang dan darah banyak tumpah. Sekarang ni dah ok sikit. Bolehlah bukak blog sikit - sikit.


Setelah habis menulis entry 'Biarkanlah aku menyerah saja' (tak sempat pingkan pun), saya pun masuk tidur. Pukul 1.30 pagi saya terjaga kerana dalam perut terdengar seperti bunyi ' tus '. Saya ingatkan air ketuban pecah, tapi tak keluar pulak. Perut terasa sakit sekejap - sekejap. Dalam hati saya berdoa agar cepat pagi supaya boleh terus hantar anak ke rumah baby sitter dan seterusnya terus pergi ke hospital. Saya cuba lelapkan mata sambil menahan kesakitan yang datang sekali sekala.
Oh tidak ! Saya dah tak tahan dah. Saya terus kejutkan suami pada pukul 2 pagi dan bersiap - siap untuk ke hospital. Anak - anak dibawa sekali. Di dalam perjalanan sakit semakin tidak tertahan hanya perkataan Allah yang mampu disebutkan. Rasa - rasanya mahu sahaja meneran sekarang juga. Pukul 2.30 pagi kami sampai di bahagian kecemasan bersalin dan saya terus disorongkan ke 'labour room'. Doktor - doktor dan jururawat - jururawat yang berada disitu bertungkus lumus menyiapkan peralatan untuk menyambut kelahiran sikecilku. Aku dinasihatkan supaya menarik dan menghembus nafas dan jangan meneran dulu.

" Doktor, dah nak keluar dah ". Kataku sambil menahan kesakitan. Ku pegang tangan doktor. Suami di sebelah menenangkanku. Tanpa mempedulikan apa - apapun lagi, aku meneran dengan seluruh tenaga yang ada. Tepat pada pukul 3.25 pagi, keluarlah anak kecilku, seorang baby girl dengan berat 3.43kg ke muka bumi dan disambut dengan penuh kesyukuran dan penuh kelegaan.

Syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat dan berjalan lancar. Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran bayiku. Dan terima kasih juga kepada kawan - kawan blogger yang mendoakan kesejahteraan aku dan bayiku. Terima kasih semua.....

Sunday, March 7, 2010

Berat sungguh rasanya untuk membuat keputusan ini. Keputusan yang menyakitkan, keputusan yang mendebarkan. Namun aku nekad, sesuatu perlu kulakukan. Aku tidak boleh berdiam diri begitu sahaja kerana ada nyawa yang perlu kupastikan kehadirannya.

" Ibu nak pergi mana ?" Tanya anak sulungku yang bersekolah dalam darjah tiga. Aku yang sedang mengemas pakaianku dan memasukkannya ke dalam beg sebak seketika. Tanpa ku sedari airmata mengalir laju di pipi. Ku pandang wajahnya lama - lama. Hanya dia harapanku untuk menjaga adik - adiknya yang lain.



" Ibu perlu pergi sayang. Kakak jaga adik - adik kakak ye. Kakak anak sulung. Kakak kena tolong ibu. Kalau ibu tak ada nanti, kakak tolong ayah ye. Jaga adik elok - elok. Jangan gaduh - gaduh tau." Panjang nasihatku.
" Yelah, tapi ibu nak pergi mana ?" Tanya anakku sekali lagi. Aku hanya tersenyum sambil mengesat airmata. Kubiarkan soalannya tiada jawapan. Sambil itu begku yang telah penuh kuletakkan di tepi pintu. Esok senang nak bawa.
" Adik - adik mana? Senyap je." Tanyaku sambil mataku meliar mencari anak - anakku yang lain.
" Adik - adik dah tidur bu. Kakak pun nak tidurlah. Assalamualaikum, bu. " Ujar anak sulungku sambil mengucup pipiku.
" Waalaikumussalam." Jawabku sambil mataku mengiringi anakku keluar bilik.



" Dah siap ?" Tanya suamiku.
Aku hanya mengangguk sambil mengesat airmata yang tiba - tiba mengalir.
"Eh, mengapa menangis pulak?" Tanya suamiku.
" Sedihlah bang, nak berpisah dengan anak - anak. Kesian diaorang kecil - kecil lagi. Kalau saya tak ada, abang jaga mereka elok - elok ye. Kesian mereka, kecik - kecik dah nak kena berpisah dengan ibunya." Aku menangis teresak - esak.



" Eh, awak ni. Menangis pulak. Kan awak dah buat keputusan nak menyerah diri kat hospital bersalin tu. Tarikh bersalin dah sampai, tapi baby tak nak keluar jugak. Dah tu pergerakannya makin slow pulak. Pergi ajelah, biar doktor tengokkan. Kalau tak bersalin esok hari lain kena bersalin jugakkan. " Ujar suamiku panjang lebar.


Aku tertunduk malu. Memang aku dah buat keputusan nak menyerah diri ke hospital bersalin. Tiba - tiba emosionallah pulak.....

Wednesday, March 3, 2010

Salam sayang kawan - kawan. Entry kali ni berkenaan dengan followers. Semasa saya buat exercise blogwalking semalam, saya terbaca satu entry tentang follow - memollow ni. Menurut kata tuan punya blog, dia hanya akan follow blog yang dia rasa besh je. Blog yang tak besh, dia tak akan follow walaupun orang tu jadi follower dia. Itu pendapat dia, blog dia. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua orang berhak untuk beri pendapat. Keyboard dan mouse ada di tangan, nak follow, follow, tak nak tak pe. Tak ada paksaan. Saya rasa ramai yang berpendapat macam tu. Mungkin follower tu tak berapa penting bagi mereka.

Tapi, bagi saya, followers tu amat penting. Saya seorang yang suka mempunyai ramai kawan. Dan salah satu cara untuk mendapatkan kawan ialah dengan mempelawa mereka menjadi follower saya. Sebagai balasan, saya akan jadi follower dia pula. Adillah kan ? Saya tak boleh tapis mana blog yang besh atau blog yang tak besh sebab ianya terlalu subjektif. Kawan - kawan boleh bagitau ke blog mana yang besh dan tak besh ? Ada panel jawatankuasa yang diiktiraf ke ? Saya rasa semua tuan punya blog akan rasa blog dialah yang paling besh sebab semua entry dalam tu ada kena - mengena dengan dirinya. Blog orang walau bagaimana famous pun kadang - kadang tajuknya tak ada kena - mengena dengan diri kita.

Lagi satu, dengan mempunyai ramai followers ni ia bagaikan satu support atau sokongan pada kita untuk berblogging. Saya tahu ada orang akan baca entry yang saya tulis dan ini akan menaikkan lagi semangat saya. Blogger - blogger baru macam saya akan berasa diterima dan dihargai oleh kawan - kawan dalam dunia blogger ini. Bayangkan jika semua blogger hanya memilih blog yang besh je untuk difollow, blogger baru yang blognya belum nak berapa besh atau belum sampai ke tahap kebeshan yang dikehendaki tak ada pemollownya. Lama - lama blogger - blogger baru ni akan mati semangatnya dan blognya akan terkubur begitu saja. Itukah yang kita mahu?.

Saya tahu, kalau mempunyai follower yang ramai, kita tak boleh atau tak sempat baca semua entry - entry diaorang. Saya pun tak mengharap entry baru saya dibaca oleh semua followers. Yang penting, saya tahu ada orang yang baca. Cukuplah. Saya pun akan baca entry - entry diaorang kalau ada kelapangan. Bukan 24 jam nak ngadap blog je. Banyak kerja lain lagi nak kena bereskan.

Apapun, ini pendapat saya je. Tidak dipengaruhi oleh mana - mana individu mahupun parti - parti politik. Mana - mana blogger yang follow saya, saya akan follow balik. Dan kepada semua followers dan bakal follower, anda semua amat saya hargai dan kedatangan anda ke blog saya amat saya nanti. Jumpa lagi.....




Kisah Saspen Naik Teksi.

Pagi tadi saya buat check up kat hospital. Last check up sebelum bersalin. Dijangka bersalin hari Jumaat ni tapi kalau tak bersalin - bersalin jugak 14 hb kena serah diri kat hospital, kena paksa bersalin. Tengahari dah selesai dan saya pun tunggu teksi nak balik ke ofis.

Saya ni kalau naik teksi memilih sikit. Bukannya pilih teksi yang baru dan cantik tetapi kalau nak naik teksi saya akan tengok muka pemandunya dulu. Kalau tengok pakcik - pakcik atau uncle - uncle yang dah tua tu, saya naiklah. Tapi kalau muka cam tak caya je, buat saya teragak - agak, saya takkan naik. Ini sebagai langkah berjaga - jaga. Banyak email dan cerita yang saya terima dengan pelbagai kisah yang menakutkan. Ada cerita penumpang terbau sesuatu dan pengsan, tau - tau dah ada dalam semak, ada yang kena rompak dan macam - macam lagilah. Walaupun bukan semua pemandu teksi begitu, tapi mana kita tahu yang mana baik dan yang mana ada niat jahat, kan ? Jadi saya pilih - pilihlah dan ikut firasat saya.

Kali ni saya pilih teksi yang pemandunya adalah seorang lelaki cina mungkin dalam 40 ke 50an. Tengok oklah. Lepas beritahu destinasi saya, saya pun duduk di bahagian belakang. Teksi bergerak mengikut arah yang hendak dituju dan saya mula start nak berangan.

" Adik, saya mahu tanya pendapat adiklah ". Pemandu teksi itu bersuara. Saya yang mula nak berangan mula rasa tak sedap hati. Jarang pemandu teksi nak bersembang. Selalunya buat hal memasing je.
" Ada apa uncle ? " Malasnya nak layan. Tapi nanti orang kata tak hormat orang pulak.
" Isteri saya aaa, ada lelaki lain. Dia sudah zina sama lelaki tu. Saya pernah tangkap dia, dia janji tak nak buat lagi. Tapi dia still jumpa lelaki tu. Apa perlu saya buat ?". Tanya pemandu teksi.
Alamak, topik apa ni ? Apa tujuan dia buka topik ni ? Saya dah mula saspen.
" Tak tahulah uncle. Sekarang ni macam - macam yang berlaku. Tak tahu nak komen. " Kata saya. Malaslah saya nak masuk campur hal rumahtangga orang. Sambil tu mata saya meliar tengok jalan.

" Eh, uncle, kenapa tak masuk kiri ? " Tanya saya. Uncle ni buat saya gelabah.
" Depan sana boleh masuk ma. " Jawab uncle tu selamba. Saya tahu jalan depan tu boleh pergi ke ofis saya tetapi ia mengikut jalan dalam perumahan dan berpusing - pusing. Dan yang teruknya saya tak hafal jalan tu !
Sambil memandu uncle tu meneruskan ceritanya. " You nak tahu tak, isteri saya muka dia ada banyak pimple besar - besar. Mulut ada sikit depan. Apa orang melayu kata ? "
" Jongang ". Kata saya.
" Ha...nyongang. Saya ingat tak ada orang mahu ngorat. Rupa - rupanya ada orang mahu. Saya suruh dia lepaskan saya tapi dia nangis - nangis tak mahu. Kalau tak mahu mengapa masih jumpa lelaki tu ?" Tanya uncle tersebut.
Sambil camkan jalan saya menjawab " mungkin dia fikirkan anak, uncle." Dalam hati saya berdoa agar cepat sampai ofis.

" Mungkin la dia masih fikirkan anak. Tapi saya rasa aaa, isteri saya tu ada sedikit sakit mental. Dia punya kakak dulu...."
" Eh uncle, sudah mahu sampai la. Uncle berhenti kat simpang depan tu ye. " Betapa leganya hati saya nampak bumbung ofis. Malas saya nak layan uncle ni. Asyik nak kutuk isteri je.
" Sudah sampai ka ? RM 6.80 saja. " Kata uncle dengan wajah kecewa. Saya membayar tambang. Sambil membuka pintu nak keluar saya berkata, " Terima kasih uncle. Apa - apa keputusan uncle nak buat, tolong fikirkan anak - anak ye". Pemandu teksi itu mengangguk - angguk. Saya menutup pintu teksi dengan perasaan yang amat lega sekali.




Monday, March 1, 2010


Salam mesra semua. Bertemu kita kembali. Kalau ikut tajuk entry di atas, macam tengah happy je menghitung hari. Menghitung hari untuk apa tu ? Best sangat ke ? Best ? Happy ? Tak tahulah. Saya sekarang tengah menghadapi debaran yang hebat. Ya... minggu ini saya dijangka akan melahirkan anak. Dapat baby yang keenam. Jadi, tengah tunggu masa jelah ni.

Kalau nak lahirkan baby keenam, mengapa perlu berdebar lagi ? Kan dah banyak pengalaman. Memang saya dah banyak pengalaman. Tapi setiap kelahiran anak tu pengalamannya tak sama. Lebih - lebih lagi anak keenam. Kata orang, melahirkan anak keenam ni risikonya sama macam melahirkan anak sulung. Betul ke ?

Sekarang ni, nak jalan pun dah tak larat. Tidur tak lena, belakang sakit - sakit. Duduk bangun, naik tangga, angkat barang adalah sesuatu yang menyeksakan. Kaki pun rasa lenguh - lenguh semacam je. Kalau perempuan yang pernah mengalaminya, tahulah keadaan saya.

Sebenarnya, yang saya berdebarkan sangat, saya tak tahu bila betul - betul saya akan bersalin. Kalau bersalin secara operation, doktor dah tentukan tarikhnya lebih awal. Jadi apabila tarikh tu sampai, sebelum operation bolehlah hantar anak yang lain ke rumah pengasuh sebelum pergi ke hospital. Semuanya tidak kelam - kabut. Bersalin secara normal ni, walaupun doktor dah bagi tarikh, belum tentu saya akan bersalin pada hari tersebut. Boleh jadi seminggu awal atau seminggu lewat. Boleh jadi siang, boleh jadi malam. Bayangkan kalau tengah malam sakit nak bersalin, anak - anak yang lima orang tu nak hantar ke mana ? Wad bersalin hanya suami yang boleh masuk. Kanak - kanak tak boleh. Kadang - kadang tu saya terbaca dalam akhbar, perempuan bersalin dalam kereta kerana tak sempat sampai hospital. Minta - minta tak jadilah pada saya walaupun pernah terjadi pada jiran saya.

Tentang sakit bersalin, tak payahlah saya cerita. Bagi saya semua wanita yang pernah melahirkan anak, akan merasai sakit yang sama. Cuma apabila merasai sakit bersalin, saya akan teringat kepada arwah ibu saya. Betapa sakitnya dia ketika mahu melahirkan saya dulu.

Sekarang ni saya tengah siapkan barang - barang yang nak dibawa ke hospital. Barang - barang penting baby didalam bakul dan barang - barang saya didalam sebuah beg. Letak dalam kereta supaya senang bila masuk hospital nanti.

Kawan - kawan, tolong doakan saya ye. Seronok ada ramai kawan yang boleh meluangkan masa membaca luahan hati saya.Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Lepas bersalin, bolehlah saya terus berblogging. Dan lepas pantang bolehlah saya meneruskan aktiviti kegemaran saya iaitu jalan - jalan cari pasal di Sogo. Oh, i miss Sogo... dan kedai - kedai di sepanjang jalan TAR, dan kedai - kedai di sepanjang jalan Masjid India hinggalah ke LRT Masjid Jamek.


Tuesday, February 23, 2010

GERAMNYA......


Geramnya...isk isk isk. Geram betul saya. Rasa macam nak..... nak buat apa ye ? Entahlah. Tapi saya geram betul nih. Sabar - sabar. Tarik nafas.....hembus. Tarik nafas....hembus. Ok, push...push... Eh, itu nak bersalin nanti la... belum lagi.

Kawan - kawan nak tahu ? Hari tu saya ada appointment kat hospital di Cheras ni dengan doktor jantung. Jantung saya ni dikesan ada bunyi lain tapi apabila mengandung je. Kalau tak mengandung jantung saya ok je. Oleh kerana lagi 2 minggu nak bersalin, saya pun buat check up jantung.

Appointment saya pukul 10 pagi - 11 pagi. Jadi pukul 9 pagi saya dah datang hospital. Cepat sampai, cepat habis. Pukul 9.30 pagi saya diberi nombor 1084. Nombor yang dipanggil sekarang ialah 1001. Mak ai... jauh lagi la. Tapi tak apalah, mungkin rawatannya cepat sebab saya rasa doktor ada dalam 6-7 orang / bilik.

Saya cari bangku yang hujung sekali. Boleh sandarkan kepala kat dinding. Maklumlah, perut dah membesar, duduk pun tak selesa. Tapi apa boleh buat, kalau tak tunggu takut terlepas pula.

Tunggu punya tunggu, terlelap, terjaga, terlelap balik, nombor saya tak sampai - sampai lagi. Lambatnya..... Perut dah makin tak selesa, lapar lagi. Bila nak sampai giliran ni ? Belakang pun dah sakit sangat sebab duduk terlampau lama. Kalau nak diikutkan, nak je saya minta giliran saya dipercepatkan sebab saya sarat mengandung. Tapi bila tengok pesakit lain kebanyakannya orang - orang tua, sian pulak rasanya. Saya tak boleh pentingkan diri walaupun rasa sakit belakang waktu tu menyebabkan saya rasa nak menjerit sekuat hati. Sakit betul la....

Tunggu punya tunggu, lelap balik, jaga balik, berkat kesabaran saya akhirnya giliran saya pun sampai. Tahu pukul berapa ? Ya...tepat pukul 4 petang. Nombor giliran saya dipanggil. Setelah disuruh tarik nafas 3 kali dibelakang dan 3 kali di depan, doktor jantung pun berkata " jantung puan ok, lepas ni tak perlu buat follow up lagi. Puan boleh balik. Itu aje ? 5 minit je jumpa doktor sedangkan untuk menunggunya saya menghabiskan masa daripada pukul 9 pagi hingga 4 petang ? Tak patut, tak patut. Isk, geramnya saya....

Friday, February 19, 2010

Salam mesra kawan - kawan. Selamat bertemu kembali. Pada entry saya yang lepas, saya menceritakan tentang kejayaan dua orang rakan saya dalam dunia perniagaan. Kejayaan mereka telah menjadi pendorong kepada saya untuk memajukan diri sendiri dan bergerak selangkah ke hadapan. Tapi bagaimana nak mula yea ? Siapa nak ajar saya ? Kalau pergi ke seminar-seminar perniagaan atau motivasi, RM 400 - RM 500 dah tentu lebur sebagai bayaran. Belum modal buat bisnes lagi. Ah, cari kat internet jelah, mudah - mudahan boleh dapat yang harga berpatutan.

Sebelum tu saya nak beritahu kawan - kawan, siapa role - model saya. Dah tentulah Irfan Khairi, anak muda yang telah menjadi jutawan pada usia 25 tahun. Saya juga meminati pakar perunding motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li dan mereka - mereka yang telahpun menjadi jutawan dan berjaya dalam bidang masing - masing.

Setelah saya mengikuti blog Irfan Khairi, saya dapati beliau telah banyak menghasilkan ebook terutamanya rahsia - rahsia kejayaan beliau. Salah satu ebook yang terlaris adalah Mentor Jutawan iaitu rahsia, minda, strategi dan teknik 8 Mentor Jutawan Malaysia. Siapa 8 Mentor Jutawan tu ???

8 Mentor jutawan tu ialah :-

1 ) Dato' Dr. Fadzilah Kamsah - Mentor kepada mentor iaitu seorang pakar motivasi yang tak perlu diperkenalkan lagi.

2 ) Azizi Ali - Jurulatih Jutawan - Pakar kewangan no. 1 Malaysia dan penulis buku terkenal.

3 ) Chef Li ( Dato' Dr. Rusly ) - Jutawan senyap dalam bidang masakan. Beliau memulakan perniagaan gerai dan berhenti kerja sebagai pegawai bank bergaji besar sehingga dikritik hebat oleh keluarga dan kenalan.

4 ) Dato' Dr. Azman Ching ( Jutawan MLM ) yang akan mendedahkan rahsia menjadi jutawan MLM dengan lebih 250000 orang downline.

5 ) Billi Lim - Jutawan Berani Gagal - penulis dan speaker yang terkenal memberi fokus bahawa kegagalan adalah sebagai satu batu loncatan untuk berjaya.

6 ) Dato' Hussamuddin - Pengasas Kumpulan Karangkraf - beliau bermula dengan kedai majalah kecil kepada penerbit terbesar di Malaysia.

7 ) Abang Abu - Usahawan/ motivator/jutawan dari Singapura. Mengalami satu kemalangan ngeri yang meragut nyawa ibu bapanya dan hampir meragut nyawanya juga. Telah bangun dan menentang arus serta menjadi jutawan pada umur 26 tahun.

8 ) Irfan Khairi - Jutawan Internet. Pernah bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas selama dua tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah motivasi.

Setiap ikon jutawan yang berkongsikan ilmu di dalam ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat. Strategi - strategi yang mereka gunakan adalah strategi - strategi jutawan seluruh dunia, bermula daripada zero, sehingga menjadi hero.

Saya syorkan pada kawan - kawan agar memiliki ebook ini. Pada saya semua orang yang ingin berjaya dan mengubah hidup, perlu memiliki ebook ini. Harganya pun berpatutan, cuma RM 40 sahaja. Kalau RM 40 tu kita isi minyak kereta, cuma boleh bertahan 2,3 hari sahaja. Kalau pergi kedai runcit pun, RM 40 tu hanya dapat beli barang yang kecil - kecil sahaja. Kalau buat beli rokok, lagi habis jadi abu sahaja. Kalau Irfan Khairi sanggup cuci tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi, mengapa tidak kita, lelap mata sahajalah RM 40 untuk membeli ebook yang tidak ternilai harganya ini kerana pulangannya sangat berbaloi - baloi.

Kata Irfan Khairi, "Kejayaan adalah berjangkit". Kalau kita nak berjaya, kita perlu ikut apa yang orang - orang yang telah berjaya lakukan dan kita juga akan turut mencapai kejayaan. Bak kata orang, kalau kita berkawan dengan tukang besi, percikan apinya akan kena juga pada kita. Lebih baik kita berkawan dengan mentor - mentor jutawan ni. Sekurang - kurangnya aura
' kejutawanan ' ( ada ke perkataan ni ? ) akan terkena juga kepada kita. Jom kawan - kawan. Jom kita jadikan mentor - mentor jutawan ni sebagai idola kita dengan memiliki ebook Mentor Jutawan. Jom..... Klik link di bawah...
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Tuesday, February 16, 2010

Selamat berjumpa kembali. Bagaimana cuti tahun baru cina ? Seronok ? Bagi yang start kerja hari ni malasnya nak bersiap pergi kerja. Rasa nak sambung tidur je. Nasib baik cuti sekolah jalan tak jem. Bagi yang cuti seminggu, tentulah masih ada di kampung lagi. Tenang fikiran duduk di kampung. Tapi ahad nanti kena bertolak awallah. Kalau tak, naik darah balik menghadap jem kat highway.

Saya, cuti raya cina ni ada kat KL. Dua hari berturut - turut kawan buat kenduri kesyukuran. Pergi, jangan tak pergi. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, betul tak ? Makanannya sedap - sedap belaka. Ada ayam masak pedas, rendang daging, dalca, dan dua tiga menu lain. Ditambah pula hidangan pencuci mulutnya yang memang sesuai dengan cuaca panas sekarang ni iaitu dadih dan buah limau serta air oren. Fuh, kenyang memakannya. Anak - anak pula diberi sebungkus gula - gula yang diikat cantik. Apalagi, itu jelah yang dihadap sampai lupa makan nasi.

Kedua - dua kawan saya ini buat kenduri kesyukuran. Seorang pindah rumah baru dan salah seorang anaknya birthday, dan seorang lagi juga pindah rumah baru dan baru pulang daripada mengerjakan haji di Mekah. Alhamdulillah... rezeki orang. Kawan saya yang pertama tu beli tanah di sebuah kampung di Bangi dan mendirikan rumah sebuah ( banglo ) di sana manakala kawan saya yang seorang lagi membeli rumah berkembar tujuh bilik dengan kawalan keselamatan. Kedua - dua rumah tersebut berharga lebih setengah juta !.

Apa yang menarik untuk saya kongsi ialah kedua - dua kawan saya ini bekerja sendiri. Hampir sepuluh tahun dulu salah seorang kawan saya ini bekerja makan gaji sama seperti saya. Namun kontraknya tidak disambung pegawai atasannya yang tidak suka cara beliau. Kawan saya itu mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dengan membuka sebuah butik kecantikan. Hasil kerja keras beliau, kini beliau boleh berbangga dengan lima cawangan beliau dan kini dalam proses untuk membuka cawangan yang keenam.

Memang betul kata orang, kalau nak kaya kena buat bisnes. Kalau betul caranya, dan dengan izin Allah, kita boleh hidup mewah. Kalau kerja makan gaji ni, cukup bulan, dapat gaji habis gaji sajalah. Tapi alhamdulillah, saya tetap bersyukur. Walaupun tak kaya, tetapi makan pakai sekeluarga dan sekolah anak - anak cukup semuanya. Cuma bila tengok kawan kita boleh mencapai kejayaan dengan usia yang masih muda, keinginan di hati untuk mencuba terasa seperti membuak - buak.

Tengoklah, mungkin lepas bersalin nanti saya nak bisnes sesuatu. Tapi bukan yang bermodal besarlah. Saya tak berani. Setakat modal kecil - kecil beranilah saya. Kita kena berani mencuba dan berani untuk gagal. Kawan - kawan pun, jomlah berbisnes. Mana tahu tuah masing - masing.Cuma satu saya nak pesan, kalau tengok rezeki orang tu lebih dan mewah daripada kita, janganlah rasa iri hati dan mahu menjatuhkan. Sebaliknya jadikanlah ia pendorang supaya rezeki kita pun akan menjadi begitu juga, suatu hari nanti. Insyaallah......

Friday, February 12, 2010

Tadi saya berkunjung ke sebuah pusat membeli - belah yang terkemuka di ibukota. Ada sale !. Tempat ni kalau ada sale memang meriah. Potongan sampai 70% pun ada. Mana tak gila. Orang ramai terutama kaum wanita bersesak - sesak di dalamnya. Adegan tarik - tarik baju yang nak dibeli, langgar bahu, beratur panjang malah ada yang dah duduk diatas lantai menunggu giliran untuk membayar. Dah biasa sangat dah tengok senario macam ni. Terutama bila tiba hari jumaat yang waktu rehatnya panjang.

Sekarang ni pun raya cina dah dekat. Tentulah banyak sale. Tapi saya terperasan sesuatu la. Yang tarik - tarik baju, yang langgar - langgar bahu, yang berbaris panjang tunggu giliran nak bayar kebanyakannya wanita yang memakai tudung. Eh, siapa yang raya sebenarnya ni ?.

Balik shopping buka facebook. Tengok kot - kot ada kawan hantar message. Baca - baca sikit nak tahu perkembangan terkini. Ada kawan tulis : Hari ni last kerja. Esok balik kampung. Yahoo...
Ada juga yang tulis : Kajang - Ipoh - Aloq Setaq - Penang- Aloq Setaq - Ipoh - Kajang ...confirm penat masa CNY nanti... Hahaha... yang tulis tu kawan - kawanku yang berbangsa melayu. Eh, siapa yang raya sebenarnya ni ?.

Baru sebentar tadi adik angkatku, Ita hantar message kat handphone : Kak, petang ni nak balik kampung. Sekolah cuti seminggu. Bestnya, yahoo.... Isk isk isk, siapa yang raya sebenarnya ni ?.

Tak kisahlah siapa yang raya sebenarnya. Mana - mana perayaan kat Malaysia ni, orang kita memang nombor satu. Bab membeli - belah, bab balik kampung memang nombor satu. Lebih - lebih lagi cuti sekolah seminggu. Takkan nak lepaskan peluang keemasan kot. Saya ni pun sebab dah dekat sangat nak bersalin. Takut terbersalin dalam keta pulak. Kalau tak.... saya pun nak balik kampung jugak !!! Anyway pesanan daripada saya, sesiapa yang balik kampung tu berhati - hatilah di jalan raya. Bye...

Wednesday, February 10, 2010

Seronoknya Saya.....


Apa khabar kawan - kawan ? Saya seronoklah hari ni. Apa yang menyeronokkan sangat tu ? Malu sebenarnya nak bagitau. Kawan - kawan nak tau ? Tak nak ? Tak nak pun saya bagitau jugaklah.

Sebelum tu saya nak bagitau, saya baru sahaja menceburi dunia blog ni hujung tahun lalu. Walaupun saya buta IT (huhuhu) semangat saya berkobar - kobar ingin memiliki blog sendiri. So, saya paksa suami saya createkan satu blog baru untuk saya (sian suami saya, saya ni kan buta IT).

Bila dsuterawangi ni wujud, saya mula menulis tentang pelbagai topik. Seronok dapat luahkan apa yang kita rasa dalam blog kita sendiri. Dah jadi 'addict' pulak. Topik saya pelbagai dan saya boleh tulis apa yang saya suka tapi saya cuba elakkan menulis berkenaan dengan politik, isu panas atau orang perseorangan takut nanti kena saman.

Tapikan, dah banyak yang saya tulis ( lebih dari 2 tu banyaklah ) saya tengok pengunjung yang datang ke blog saya banyak tu juga dalam 5-6 orang. Sampai satu tahap tak ada orang langsung.
Sedih saya tau. Macam - macam saya buat tapi dok macam tu jugak. Sampailah kelmarin suami saya sarankan supaya saya mendaftar dengan www.gengblogger.com . Tempat berkumpul blogger - blogger dan tempat mencari ilmu untuk blogger baru macam saya.

Semalam saya mendaftar dan pingkan artikel saya ( ping tu apa ha ? ) dan pengunjung blog saya naik kepada 15 orang. Ha... itulah yang buat saya seronok sangat tu. Walaupun tak sebanyak orang lain yang dah otai tu, tetapi sekurang - kurangnya ia memberi semangat kepada saya untuk terus menulis dan terasa dihargai.

Sekarang ni saya belajar - belajar bagaimana nak berinteraksi atau mengambil bahagian dalam gengblogger tu. Sikit - sikitlah. Saya belum pandai lagi. Saya harap dapat tunjuk ajar daripada otai - otai semua terutama bagaimana nak menaikkan trafik. Saya juga rasa seronok kerana dapat mengenali orang - orang yang hobinya sama macam saya dalam gengblogger ni.

Ini bukan artikel kipas ye. Ini promote free je. Tak ada udang sebalik mee pun. Saya pun tak kenal siapa owner gengblogger ni. Anyway terima kasih sebab terima saya menyertai geng ini dan tolong beri saya tunjuk ajar dalam menerokai dunia blog ni. Jumpa lagi.....

Sunday, February 7, 2010

HEBATNYA BONSAI !!!

Bonsai merupakan salah satu cabang seni taman yang semakin mendapat perhatian pencinta tanaman hiasan kerana bentuknya yang unik dan istimewa. Ia merupakan proses membentuk sepohon pokok biasa menjadi sepohon pokok miniatur yang sungguh mempesonakan.

Sejarah bonsai dipercayai bermula seawal 2,000 tahun lalu semasa Dinasti Han di China dan telah dibangunkan dalam bentuk baru di China, Jepun, Korea dan Vietnam.Pada mulanya, masyarakat Jepun menggunakan pokok-pokok bantut yang ditanam dalam bekas untuk menghias rumah dan taman, Semasa era Tokugawa, landskap taman menjadi semakin penting dengan pokok-pokok seperti azalea dan maples. Pokok bonsai paling tua yang masih ada dikatakan dalam koleksi Happo-en (sebuah taman dan restoran eksklusif) di Tokyo, Jepun yang berusia antara 400 hingga 800 tahun.

Sekarang ini di Malaysia, bonsai mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ramai yang sanggup mencari ke serata ceruk untuk mendapatkan pokok bonsai yang cantik dan ramai juga yang sanggup berhabis duit untuk hobi yang satu ini. Bonsai mempunyai 4 teknik penanaman iaitu dari biji benih, teknik keratan batang, kaedah tut dan pokok yang diambil dari hutan. Sekiranya kita bermula dengan biji benih, kita memerlukan masa bertahun - tahun untuk mendapatkan bonsai yang telah tua berbanding jika mengambilnya dari hutan. Ada juga yang mengambil jalan singkat dengan membelinya di nursery yang banyak menjual pokok bonsai tetapi kepuasannya tidak begitu terasa berbanding jika kita membentuknya sendiri.

Terdapat pelbagai bentuk atau stail bonsai di pasaran. Antara yang popular ialah batang berlingkar (twisted trunk), lekat di batu, literati, batang lurus, batang berlengkuk, batang condong (leaning trunk), batang dihembus angin (windswept), bentuk penyapu (broom style), lentur ke bawah (cascade), multiple trunk, raft style dan hutan. Kesemuanya cantik dan terpulang kepada kreativiti pemiliknya sendiri. Bonsai yang cantik biasanya memukau pandangan sesiapa jua yang melihatnya buat kali pertama.

Menjaga bonsai bukanlah sesukar yang disangka. Pokok bonsai selalunya terdiri daripada pokok yang tahan lasak, berdaun kecil dan halus seperti pokok asam jawa, melati/jeliti, pokok cucur atap, ara dan sebagainya.. Ianya ditanam didalam pasu kecil agar pertumbuhannya terbantut dan dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari. Air perlu disiram dua kali sehari dan pokok dibaja dua kali seminggu. Dawai dililit untuk membentuk pokok seperti yang kita mahu dan selepas empat bulan, dawai dibuka dan pokok dicantas sekali lagi. Kemudian dahan dililit semula dengan dawai. Proses ini dibuat berkali - kali sehingga kita berpuas hati dengan bentuk yang kita inginkan.

Pokok bonsai tidak memerlukan tempat yang luas. Sekiranya kita tinggal di rumah teres mahupun apartmen, kita masih boleh lagi menjadikan bonsai sebagai hobi kita. Namun begitu sesiapa yang ingin menceburi bidang ini perlulah bersifat sabar, kreatif, teliti dan rajin serta melakukannya dengan sepenuh hati kerana pokok ini tidak akan menjadi cantik dalam sekelip mata.

Saturday, January 30, 2010

Selamat bertemu kembali. Baru - baru ini saya ada terserempak dengan seorang kenalan lama. Teruja dengan pertemuan yang tidak disangka, lebih - lebih lagi saya pernah diberitahu oleh seorang rakan yang beliau telahpun mendirikan rumahtangga tiga bulan lepas ( tapi saya tak dijemput pun ). Lantas saya bertanya kepadanya.
" Macamana life lepas kahwin ni, best kan ? Tanyaku.
Dia tersenyum. Wajahnya berseri. " Mestilah best, ada orang jaga. Lebih - lebih lagi aku tak lama lagi nak jadi ayah. Tapi..." Wajahnya bertukar muram.
" Tapi apa ? Ada yang tak kena ke ? " Hairan, tadi ceria, sekarang wajah dah macam cuka.
" Sekarang ni tiap - tiap malam aku tidur kat rumah kawan. " Ujarnya perlahan - lahan.
" What ? Tidur rumah kawan ? Eh, tak kesian ke kat isteri tu ? Kan dia tengah mengandungkan anak awak. Kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu tau ! " Geramnya kat mamat ni.
" Macamana aku nak tidur kat rumah. Bini aku tengah meragam tak boleh dekat dengan aku. Bila aku dekat dia kata busuklah, nak muntahlah. Ditolak - tolaknya badan aku. Daripada bergaduh, baik aku keluar tidur rumah member. " Jelas kawanku itu.

Dialog di atas selalu juga kita dengar kan ? Kalau tak berlaku pada diri sendiri, ia mungkin berlaku kepada adik beradik kita ataupun pada kawan - kawan kita. Sebenarnya isteri mengandung dan meragam memang tidak boleh dipisahkan. Ibarat lagu dan irama, laut dan pantai. Cuma setiap orang yang mengandung adalah berbeza - beza ragamnya. Ada yang pada peringkat awal mengandung ( 4 bulan pertama ), tidak boleh menghidu sebarang bau terutamanya bau masakan atau benda bergoreng, malah bau sabun dan minyak wangi pun boleh dikata busuk ! Ada yang sampai tidak boleh menghidu bau badan suami, teringin makan yang pelik - pelik ( yang susah nak cari ), ada yang 4 bulan pertama pening macam duduk dalam kapal, rasa beralun - alun dilambung ombak, bergerak sikit je dah muntah. Ada juga dalam 4 bulan pertama selalu rasa nak tidur. Pukul 10 pagi dah mengantuk terutamanya bila berada di ofis dan beraircond.
Tapi selalunya ragam perempuan mengandung ni akan hilang selepas empat bulan. Selepas itu mereka akan cergas semula melakukan kerja - kerja harian ( tapi bukan yang berat - berat ). Sehinggalah ke bulan ketujuh di mana perut dah semakin berat dan semuanya berasa tidak kena, tidur dah tak lena, badan sakit - sakit dan kaki berasa lenguh. Ketika itu mungkin perempuan mengandung akan marah - marah tanpa sebab.
Ada juga perempuan yang bertuah, tidak pernah meragam semasa mengandung walaupun sehingga mengandung anak kelapan. Ada juga yang meragam bermula dari saat mengandung sehinggalah ke saat melahirkan. Namun mereka ini ada satu dalam seribu.
Walau bagaimanapun kerenah mereka, saya harap para suami bersabarlah. Selalunya mak ayah si suami akan menasihatkan anak mereka supaya banyak - banyakkan bersabar. Isteri anda bersusah payah mengandungkan zuriat anda dengan seribu kepayahan dan kesakitan. Dan anda sepatutnya menolong meringankan kepayahan mereka setakat yang terdaya. Janganlah bandingkan ragam isteri anda dengan isteri orang lain kerana setiap wanita tidak sama.
Dan untuk para isteri, janganlah terlalu ikutkan perasaan ketika meragam. Berpada - padalah pada setiap tindakan. Ada kawan saya pernah bercerita tentang seorang wanita yang bukan sahaja tidak boleh menghidu badan suami, malah sering memukul-mukul, memaki hamun, dan menghalau suami dari rumah. Sudahnya, selepas habis pantang, beliau terpaksa menghadapi krisis rumahtangga kerana suaminya ada wanita lain yang dijumpainya ketika isterinya meragam. Anda juga yang rugi, kan ? Kalau teringinkan sesuatu, pastikan barang itu senang untuk dicari. Janganlah terlalu turutkan hati sehingga suami terpaksa mencarinya merata - rata hingga perlu masuk ke dalam hutan. Kalau apa - apa berlaku kepada suami, tentu anda menyesal, kan ?
Zuriat adalah kurniaan dan rezeki yang tidak terhingga daripada Allah. Saat - saat ketika mengandung adalah pengalaman yang terindah buat kita. Baik isteri mahupun suami bersama - samalah kita menempuh saat - saat itu dengan penuh kesabaran dan keimanan. Agar zuriat kita nanti mampu menjadi anak yang soleh dan solehah sebagaimana yang kita impikan.

Monday, January 25, 2010



Simpan airmatamu, duhai lelaki,
Jangan kerana seorang wanita,
Kau lemah tak berdaya,
Kerna ikutkan rentak si dia,
Kau menyerah sebelum masanya.

Bumi sentiasa berputar,
Masa kan terus beredar,
Kebenaran pasti terserlah,
Yang salah tetap salah.

Simpan airmatamu, duhai lelaki,
Banyak lagi dugaan,
Banyak lagi cubaan,
Banyak lagi halangan
Bakal kau lalui,
Yang lebih berat,
Yang lebih hebat,
Yang lebih dahsyat,
Bakal kau hadapi.

Dugaan ini hanya secubit cuma,
Boleh kau hadapi sekadarnya saja,
Bangunlah dan senyumlah,
Biar gentar pihak di sana,
Menghadapinya.....

Thursday, January 21, 2010

Selamat berjumpa lagi kawan - kawan. Macamana ? Dah ada yang berjaya buat blog sendiri ? Bagi yang telah berjaya saya ucapkan tahniah. Bagi yang belum, cubalah lagi. Kalau nak buat blog kita menarik, nak letak macam - macam, nak tukar template, letak jam, dan pelbagai aksesori lagi kita search je kat google perkataan 'bina blog', 'buat blog' atau 'godek blog'. Nanti akan keluarlah berbagai-bagai blog yang mengajar kita macam-macam tentang dunia blog. Tapi nak upgrade blog bagi cantik ni kena buat perlahan - lahan. Tak boleh terus nak pandai dan nak terus cantik. Banyak ilmu kita kena tuntut dulu.

Okeylah, kali ni saya nak berkongsi dengan kawan - kawan cara buat duit dengan blog. Sebelum tu nak tanya dulu, apa tujuan kita nak buat blog ? Ada orang buat blog sebab dia suka menulis, ada juga yang nak meluahkan perasaan hati, ada yang nak cari ramai kawan dan berkongsi minat dan ada juga yang buat blog ni memang kerana dia nak berniaga. Apa pun tujuan anda, tentukan hala tuju anda dulu. Janganlah sekadar suam - suam kuku je. Tak dapat apa yang dihajat, terus hilang semangat buat blog. Janganlah begitu.

Cara Buat Duit Dengan Blog

1 ) Yang pertama ni mestilah meletakkan iklan Google Adsense dan Nuffnang di blog sendiri. Macam yang ada di blog saya. Pernah dengar tentang Google Adsense dan Nuffnang ? Mestilah pernah kan ? Kalau kita bina blog di blogger.com, ia dah tersedia dengan Google Adsense dan kita perlu mendaftar dulu dengan Google Adsense. Tapi Google Adsense ni suka pada web/blog berbahasa inggeris. Kalau web/blog berbahasa malaysia, ia akan keluar iklan layanan masyarakat. Kalau nak letak iklan Nuffnang pula, kita perlu mendaftar di http://www.nuffnang.com.my dulu. Pas dapat kod, kita akan diajar macamana nak letak dalam blog kita. Tapi nak letak kod kena hati - hati. Kalau boleh lepas letak kod, klik preview dulu. Kalau tak ada error, baru tekan save.

Google Adsense dan Nuffnang akan bayar kita ikut berapa kali orang klik iklan kat blog kita. Tapi satu nak pesan ye. Jangan cuba main klik-klik iklan sendiri atau berpakat dengan orang lain untuk berbalas - balas klik iklan. Kalau Google Adsense dan Nuffnang dapat tahu, kita akan di 'ban'. Mereka lagi pandai tau. Mereka boleh kesan komputer yang kita selalu guna untuk update blog kita. Pada saya, biarlah orang yang masuk blog kita yang klik iklan mana yang mereka suka. Mereka klik tu free je. Bukan kena bayar pun.

2 ) Menulis review / pandangan mengenai product / services / lain - lain opportunities di http://payperpost.com setelah kita mendaftar dengan mereka. Kita akan dibayar pada setiap review atau posting yang telah dibuat diblog.

3 ) Jual ruang iklan banner / text link di mana - mana bahagian blog anda. Tapi ini hanya boleh dilakukan jika anda mempunyai traffic atau pengunjung yang ramai. Anda boleh jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, sebulan atau setahun. Anda boleh melihat contohnya ni harian metro online atau berita harian online dan sebagainya.

4 ) Buat affiliate program dan promosikan link produk/servis vendor yang telah disediakan. Ramai pakar internet menghasilkan pelbagai jenis e-book seperti 7 hari belajar adsense, buat duit dari rumah dan pelbagai tajuk lagi. Kita promasikan link affiliate tersebut sehabis baik di blog kita untuk mendapat komisyen yang ditentukan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain - lain adalah urusan vendor atau penyedia affiliate itu sendiri. Kita hanya promosikan link mereka sahaja.

5 ) Yang kelima ni adalah untuk mereka yang bina blog memang untuk berniaga iaitu menjual produk sendiri. Kalau anda mempunyai sesuatu kemahiran seperti membuat cup cakes, biskut raya, serunding, ataupun mempunyai barang untuk dijual seperti aksesori wanita, pakaian kanak - kanak, buku - buku lama dan sebagainya, anda boleh menjualnya melalui blog anda sendiri. Ianya mudah kerana anda boleh beroperasi hanya dari rumah dan mengikut kesesuaian masa anda. Ramai daripada kita terutamanya surirumah berjaya menjana pendapatan dengan cara begini.

Saya pernah terbaca dalam sebuah akhbar tentang seorang pelajar kolej yang dapat menjana sehingga RM3000 sebulan hasil daripada blognya sendiri. Saya sendiri pun belum sampai ke tahap itu. Tapi apa salahnya kita buat target kita sendiri. Bina blog kita perlahan - lahan, buat cantik - cantik, selalu update, tak tiru idea orang dan yang paling penting sekali, dapatkan ramai pengunjung yang selalu lawat blog anda. Bagaimana caranya, terpulang kepada anda sendiri.

Okeylah, sampai di sini dulu. Lepas ni mungkin saya tak tulis pasal blog sebab saya ni belum otai lagi. Tajuk saya pelbagai dan kebanyakannya adalah tip - tip yang berguna untuk anda semua. Mungkin lepas ni saya nak ajar anda bagaimana membuat gelang kristal, atau membuat bunga telur, atau menjahit manik di baju dan macam - macam lagi. Rajin - rajinlah jenguk blog saya ye. Bye.....

Monday, January 18, 2010

Nak Buat Blog Free ?


Salam sayang.....

Tentu ramai kawan - kawan di luar sana yang teringin untuk memiliki blog sendiri tetapi tidak tahu bagaimana nak buat. Susah sangat ke buat blog ni ? Saya pun sebelum ada blog ni rasa macam susah je nak buat. Blog ni pun suami saya yang 'create' dan ajarkan. Oh, sebenarnya taklah sesusah mana. Mula - mula memang tak tahu. Dah cuba lama - lama seronok pula.

Sebelum kita mula bina blog kita sendiri, kita kena tahu dahulu apa itu Blog ? Blog diambil daripada perkataan 'Weblog'. Ianya adalah sesuatu yang bersifat peribadi iaitu lebih kepada diari, catatan mahupun luahan rasa pembina blog itu sendiri.

Pada masa dahulu, susah untuk kita membuat blog sendiri kerana hanya orang yang pakar dalam bahasa pengaturcaraan komputer sahaja yang boleh membuat blog. Kalau kita nak juga, kita perlulah membayar mereka dengan upah yang tinggi. Tetapi kini ianya tidak menjadi masalah lagi kerana blog sekarang telah dibina oleh 'designer blog' agar mudah untuk diselenggara. Kita boleh bina blog kita sendiri dengan mudah mengikut langkah - langkah yang diberi dan ianya adalah PERCUMA !!!

CARA BINA BLOG

1 ) Pertama sekali kita perlu mendaftar dahulu di free blog provider iaitu penyedia hosting/domain blog gratis. Ianya banyak terdapat di internet. Salah satu daripadanya ialah http://www.blogger.com. Bagaimana nak mendaftar ? Anda semua nampak tak perkataan 'log in' di atas blog saya ? Klik perkataan itu dan anda semua akan terus ke http://www.blogger.com untuk mendaftar blog.

2 ) Klik tanda berwarna oren yang bertulis 'CREATE A BLOG'.

3 ) Daftar akaun blogger dengan alamat gmail anda dengan mengisi borang ' create a Google Account '. Klik 'Continue'.

4 ) Namakan blog anda dalam ' Name your blog '. Kemudian klik 'Continue'.

5 ) Pilih template yang anda inginkan. Kemudian klik 'Continue'.

6 ) Setelah keluar tulisan 'Start Blogging', klik gambar tersebut. Anda boleh mula menulis. Setelah selesai menulis, klik 'Publish Post'.


Ha.... dah jadi pun blog anda. Selain daripada menulis artikel, anda juga boleh memasukkan gambar ( add image ) ataupun video ( add video ). Rajin - rajinlah membuat eksperimen dengan blog anda kerana lebih banyak anda mencuba dan meneroka, lebih seronok rasanya. Sekiranya anda ingin menukar template kepada yang lebih canggih, atau membuat apa - apa perubahan pada blog anda supaya lebih menarik, anda 'search' sahaja perkataan 'bina blog' atau 'buat blog' pada google search dan akan keluarlah bermacam - macam blog yang boleh mengajar anda tentang dunia blog.

Satu pesan saya, sekiranya anda telah mempunyai blog sendiri, janganlah menyalahgunakan blog anda untuk menjatuhkan orang lain, atau menggunakan perkataan yang kasar, yang boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain kerana kita tidak tahu siapa yang membaca blog kita itu. Tidak rugi berbudi bahasa di dalam blog kerana budi bahasa itu kan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Akhir kata, Selamat Mempunyai Blog Sendiri. Jumpa lagi.....

Thursday, January 14, 2010

Kalau sebelum ni kita dah cungkil rahsia wanita, kali ini kita nak cungkil pula rahsia seorang lelaki. Dalam memilih pasangan hidup, lelaki sering berlandaskan kepada kecantikan. Tetapi kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Kecantikan yang macam mana sebenarnya yang menjadi pilihan lelaki ?. Adakah kecantikan rupa paras semata - mata atau ada kecantikan lain yang mampu menimbulkan pesona di hati lelaki ? Ada kita lihat lelaki tampan yang berpasangan dengan wanita yang kecantikan luarannya di tahap 'biasa - biasa' sahaja tetapi bagi lelaki tersebut, itulah wanita dambaan hatinya. Mari kita lihat ciri yang bagaimanakah yang lelaki inginkan dalam memilih seorang wanita sebagai teman hidupnya.

1 ) Bersifat keibuan
Ramai lelaki terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan, lemah lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram walaupun ketika berada dalam tekanan. Apabila memandang wajah anda terutama ketika sedang tersenyum, akan melenyapkan segala permasalahan yang sedang dihadapinya.

2 ) Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan penuh keikhlasan dan diberi kepercayaan oleh wanita kesayangannya. Jangan sekali - sekali memandang rendah atau memperlekehkan mereka kerana ianya akan membuatkan lelaki berasa terhina dan berpaling daripada anda. Penghargaan daripada wanita akan membuatkan lelaki berasa bangga.

3 ) Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan diri sendiri agar sentiasa kelihatan cantik, kemas, bersih dan menarik. Wanita yang menjaga penampilan dirinya adalah wanita yang menghargai diri sendiri. Ia memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki menyukai dirinya. Namun begitu menjaga penampilan janganlah keterlaluan seperti berpakaian seksi atau tidak sepadan dengan usia ataupun bermekap terlalu tebal untuk menarik perhatian lelaki. Bersederhanalah dalam segala hal.

4 ) Pandai bergaul dan menyesuaikan diri.
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai lebih nilainya di mata lelaki.
Lebih - lebih lagi jika berada di kelompok keluarga lelaki. Sikap yang sopan, beradap dan menghormati orang tua terutama ibu bapa lelaki akan menyebabkan lelaki akan lebih menyayangi anda. Berusahalah mengambil hati kaum keluarganya dan jangan sekali sekali menunjukkan sikap tidak suka atau sengaja mencari pasal dengan adik - beradiknya.

5 ) Menghormati diri sendiri.
Lelaki juga suka kepada wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita. Tahu baik dan buruk serta implikasi diperlakukan sesuatu oleh seseorang lelaki terhadap dirinya. Kadang kala seseorang lelaki sengaja ingin menduga seseorang wanita itu sama ada ia mempunyai keyakinan yang teguh terhadap sesuatu perkara yang berlaku ke atas dirinya.

6 ) Pandai berbicara.
Lelaki selalunya tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Menjadi pendengar yang baik, memberi tindak balas dan pendapat yang baik, malah boleh mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga gemar kepada wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka dengan fikiran terbuka. Tetapi pandai berbicara di sini bukanlah bermaksud berbicara yang keterlaluan atau panjang lebar seperti membebel. Ataupun pandai berbicara sehingga berjaya mematahkan setiap tutur kata lelaki kerana itu akan membuatkan lelaki berasa bosan dan menjauhkan diri daripada anda.

7 ) Penuh pengertian.
Pengertian daripada wanita membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Jadilah seorang wanita yang mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah. Walaupun anda berasa marah terhadap pasangan anda, janganlah terus mengeluarkan kata - kata kasar atau terus menuduh yang bukan - bukan. Lihat dulu keadaannya sama ada dia baru balik kerja atau berpeluh - peluh ketika menemui anda. Biarkan dia minum dan berehat terlebih dahulu sebelum anda meluahkan ketidakpuasan hati anda.

8 ) Keanak - anakan.
Sesekali, sikap keanak - anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian. Namun begitu, sikap keanak - anakan mestilah dalam batas yang wajar. Jangan bersikap keanak - anakan yang melampau dan mengada - ngada sehingga membuatkan lelaki terus menjauhi anda.

9 ) Simpati dan prihatin.
Lelaki juga menyukai wanita yang selalu mengambil berat, bersimpati kepada mereka yang susah, murah hati, suka menolong orang lain, sayangkan kanak - kanak dan tidak memilih bulu. Ada kecantikan dalaman yang indah dan mempesona memancar pada diri wanita itu.

Monday, January 11, 2010

Selamat bertemu kembali. Kali ni kita nak cungkil rahsia seorang wanita. Sering kali kita lihat di paparan media massa kisah wanita cantik yang bergandingan dengan lelaki yang tidak sepadan dengannya. Ada juga yang tidak segan silu memeluk erat lengan lelaki yang sebaya dengan ayahnya sendiri. Di dalam hati kadang kala tertanya - tanya mengapa bukan lelaki tampan atau lelaki idaman Malaya yang menjadi pilihan mereka ? Apa yang mereka mahu sebenarnya ?

1 ) Mereka mahukan lelaki yang mampu membuatkan mereka berasa merekalah wanita terbaik di dunia.
Seorang wanita sebenarnya mahukan anda melayannya seperti dialah wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup anda. Lupakan kisah lalu. Jangan ceritakan kisah silam terutama tentang kekasih lama anda kepadanya.

2 ) Mereka mahukan lelaki yang mampu melayan mereka seperti seorang puteri.
Seorang wanita sebenarnya suka kepada lelaki yang bersifat 'gentleman' dan sentiasa mengutamakan wanita dalam segala hal seperti membukakan pintu kereta untuknya, menarikkan kerusi untuk dia duduk dan berjalan di sebelahnya. Lebih - lebih lagi jika anda dapat menemani, membayar dan membawakan barang - barang yang dibelinya ketika bershopping. Seronoknya dia!

3 ) Mereka mahukan lelaki yang mampu melindungi mereka dan mereka berasa selamat ketika berada bersama anda.
Wanita juga memilih lelaki yang mampu membuatkan dia berasa selamat dan sentiasa dilindungi. Mengambil berat dan membantu ketika dia dalam kesusahan tidak kira sesibuk manapun anda.

4 ) Wanita mahukan lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik dan mampu memberikan nasihat yang bernas.
Ramai wanita yang suka meluahkan perasaannya kepada lelaki ataupun sekadar mahu bercerita tetapi tidak mahukan sebarang nasihat. Jika mereka mahukan nasihat, pasti mereka akan memintanya selepas selesai bercerita. Walau sesibuk manapun anda, berusahalah menjadi 'a good listener', pasti dia akan menghargainya. Tapi awas, sekiranya anda ingin memberi nasihat atau cadangan, berilah secara ringkas tanpa paksaan kerana wanita tidak suka pada lelaki yang suka membebel.

5 ) Wanita suka lelaki yang ada sifat 'sense of humor'.
Wanita amat menyukai lelaki yang membuatkan mereka berasa rileks, bergelak ketawa dan ceria selalu. Bukannya lelaki yang sentiasa bermasam muka atau yang memboringkan. Tapi janganlah buat lawak bodoh yang membosankan. 'Be a real joker but not clown!'.

6 ) Wanita mahukan lelaki yang berkeyakinan, mempunyai cita - cita dan perancangan.
Jadilah diri anda sendiri dan bersikap realistik. Jangan mengiakan benda yang tidak dan menidakkan benda yang nyata semata-mata ingin mengambil hatinya. Kadang kala wanita sengaja ingin menduga sejauh mana tahap keyakinan anda. Mereka juga mudah terpikat pada lelaki yang mempunyai cita - cita dan perancangan hidup. Bukan hanya menyerah kepada takdir semata - mata tanpa mahu berusaha sedikitpun.

7 ) Wanita mahukan lelaki yang sensitif dan setia bersama mereka.
Sensitif di sini bermaksud peka dengan perasaan dan emosi si dia. Sanggup berkongsi perasaan dan amat mengambil berat terhadap si dia. Wanita amat menghargai jika anda juga menghargai mereka bukan sekadar sebagai pasangan tetapi juga sebagai seorang wanita. Jangan menipu dan berlakulah sejujurnya kerana sekali anda menipunya, seribu kali dia akan ingat dan sukar untuk mengembalikan kepercayaan itu kepada anda.

8 ) Wanita mahukan lelaki bukan sekadar kekasih, suami tetapi juga seorang sahabat.
Berkongsilah apa juga perasaan, keadaan susah senang dengan si dia. Juga tunjukkan sikap prihatin anda. Jadilah seorang sahabat, kekasih dan suami yang terbaik buat si dia.

9 ) Wanita mahukan cinta, kasih dan sayang.
Harta yang melimpah dan ditaburi kemewahan kadang kala tidak dapat membeli hati wanita sekiranya dia sentiasa ditinggalkan keseorangan. Tiada guna tinggal di dalam sangkar emas jika hati kosong tanpa cinta, kasih dan sayang. Seorang wanita adakalanya sanggup meredah onak dan duri demi lelaki yang dicintainya.

Sunday, January 10, 2010

TIP JIMAT PETROL



" Alamak yang, minyak dah menyala la. Nak kena isi ni. Ish, baru dua hari lepas isi, dah nak isi lagi. Kalau tak isi, tak berjalan pula kereta ni." Anda tentu dah biasa dengan dialog ini. Malah dua tiga hari sekali pasti ayat ini di dengari. Kalau tidak kita sendiri yang mengeluh, pasti ia datang daripada pasangan kita. Minyak petrol umpama nadi kehidupan kita pada masa kini. Tiada minyak petrol, tidak berjalanlah kenderaan kita dengan kata lain tidak ke mana - manalah kita. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjimatkan petrol dan wang anda.

1 ) Selalulah memeriksa tayar kereta, adakah cukup angin atau tidak kerana kekurangan angin berkemungkinan akan menyebabkan peningkatan kadar penggunaan petrol sehingga 5% dan tayar kereta juga akan cepat rosak.

2 ) Servis kereta selalu dan mengikut jadual kerana ia akan membantu enjin kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutama untuk perjalanan yang jauh dan akan beroperasi pada kecekapan maksimum. Selalu menukar spark plug sewaktu servis akan membantu menjimatkan petrol dengan banyak.

3 ) Pastikan prosses 'tuning' kereta dilakukan oleh pakar kerana kesilapan melakukan 'tuning' akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol sehingga 50%.

4 ) Jangan hidupkan enjin kereta dengan serta - merta sebaik sahaja anda mematikannya kerana ianya akan meningkatkan kadar penggunaan minyak malah boleh merosakkan enjin kereta.

5 ) Elakkan memusing stereng kereta anda tanpa keperluan kerana ianya menyebabkan penggunaan petrol. Juga elakkan menekan brek dengan keterlaluan jika tidak diperlukan kerana penggunaan petrol akan meningkat dengan cepatnya. Tayar kereta juga akan menjadi cepat haus.

6 ) Elak guna klac terlalu kerap dan jangan tekan klac jika situasi tidak memerlukan. Gunakan gear neutral ketika lampu isyarat merah. Gunakan gear yang betul dan sesuai mengikut kelajuan kenderaan. Elakkan kesesakan jalan raya, lagi lama tersangkut (engine idle) lagi banyak makan minyak kerana kena tukar gear selalu. ( Kalau di pusat bandar, bagaimana nak elak jem ye ? ).

7 ) Selaraskan kelajuan kereta anda sewaktu pemanduan. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran enjin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api di bakar dengan sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% , pakai high frequency converter dalam sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak.

8 ) Kurangkan penggunaan penghawa dingin. Kalau boleh jangan hidupkan penyaman udara semasa kereta berada pada kelajuan rendah. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak seharusnya isi semasa pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat letak kereta di tempat redup boleh memberi pendekatan yang baik.

9 ) Jangan bawa banyak barang. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah tetap, bila berat bertambah, nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Harus diingatkan bahawa bumbung yang berisi barang akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% melalui pemanduan di lebuh raya. Jika 'roof rack' kereta anda tidak berisi, lebih baik tanggalkannya kerana anda boleh menjimatkan minyak sehingga 1%.

10 ) Dengan pemanduan yang cermat pada kelajuan 90km/j berbanding dengan 100 km/j, anda akan dapat menjimatkan petrol sehingga kadar 10%. Cermatlah semasa memandu bukan sahaja untuk orang yang anda sayang, tetapi juga untuk menyelamatkan poket anda sendiri. Anda mampu melakukannya.....

Thursday, January 7, 2010

ANAK LARI DARI RUMAH ?

Selamat bertemu kembali. Sering kali kita membaca berita di dada - dada akhbar tentang anak yang lari dari rumah. Seolah - olah menjadi satu 'trend' kepada anak - anak untuk lari dari rumah sekiranya di marah atau di tegur ibu bapa ataupun apabila kehendak mereka tidak di penuhi. Mereka tidak pernah memikirkan perasaan ibu bapa yang runsing dan bimbang dengan kehilangan anak mereka. Mereka juga tidak pernah memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya mereka keluar dari rumah seperti di bunuh, di jual, di dera dan seribu satu kemungkinan yang menakutkan.


Sajak ini di cipta khas untuk anak - anak yang lari dari rumah atau mempunyai niat untuk lari. Fikirlah beribu kali jika mempunyai niat sebegitu. Bagi yang telah melarikan diri, pulanglah ke pangkuan keluarga sementara kesempatan masih ada.....










NASIB SI IBU TUA
Pilu rasa di hati
Melihat seorang ibu tua
Duduk berteleku di kaki tangga
Menanti kepulangan anak tersayang
Yang membawa diri
Lantaran cinta tidak di restui.
" Di mana kau sekarang, nak ?
Sihatkah engkau ? Makankah engkau ?
Ibu sendiri tidak lalu makan
Mengenangkan engkau entah di mana. "
" Sampai hati engkau, nak !
Anak yang ibu kandung
Sembilan bulan sepuluh hari
Anak yang lahir
Tapak kakinya hanya selebar dua jari
Anak yang ibu besarkan
Dengan seribu kepayahan
Sanggup pergi mengikut kekasih hati
Hanya kerana kasih tidak di restui. "
" Pulanglah kau nak !
Pulanglah sayang.
Ibu sedia terimamu
Walau apapun keadaan
Kita mulakan yang baru
Kita lupakan segala persengketaan. "
Hari semakin senja
Si ibu tua bangun memaut tangga
Sambil menghela nafas panjang.
Aduh ! Angin itu menyerang lagi
Menyucuk - nyucuk segala urat dan sendi.
Aduh ! Si ibu tua tidak mampu bertahan
Lalu rebah, jatuh ke tanah.
Ibu tua kaku, angin pun membisu
Nafas terhenti, airmata kering di pipi.
Tidak perlu lagi kau pulang, nak.
Kerana ibumu telah tiada
Pergi membawa hati yang luka
Angkara seorang anak derhaka.
Cuma satu yang perlu kau tahu, nak.
Engkau telah berjaya menempah tempat
Nun jauh di sana
.......... Di Neraka ..........

Wednesday, January 6, 2010

Kawan - kawan kenal tak pokok Philodendron ? Ia mempunyai pelbagai jenis dan warna daripada family Araceae. Antaranya Philodendron 'Anderson Red , Philodendron 'Emerald Red', Philodendron erubescens, Philodendron erubescens 'Gold', Philodendron 'Magnificum', Philodendron 'Tropical Sunrise', Philodendron 'Orange Fire', Philodendron 'Gold Fire', Philodendron ' Pink Sensation', Philodendron xanadu dan Philodendron selloum.
Hari ni saya nak kenalkan kepada kawan - kawan salah satu daripadanya iaitu Philodendron erubescens 'Gold' atau Philodendron 'Gold'.

Philodendron 'Gold' adalah sejenis pokok menjalar dan daunnya berwarna hijau kekuningan. Amat sesuai diletakkan di kawasan separa teduhan iaitu terlindung daripada pancaran kuat matahari dan amat subur jika mendapat air yang mencukupi. Pokok ini tidak boleh diletakkan secara langsung di bawah matahari yang terik kerana ia akan mengakibatkan pokok ini bertukar ke warna kecoklatan dan kelihatan kering.

Pokok ini cukup mudah untuk dibiakkan. Apabila pokok ini dibiarkan, ianya akan menjalar dan memanjat. Terdapat akar di bahagian batangnya yang tidak menjejak tanah. Potong sedikit batangnya yang mempunyai sedikit akar, sediakan polibeg atau pasu kecil yang berisi tanah campuran, buatkan lubang di tengah tanah campuran tersebut dan tanam keratan pokok tersebut. Kambuskan lubang disekeliling keratan pokok dan tekan sedikit tanah disekelilingnya supaya pokok boleh berdiri sendiri. Akhir sekali siram pokok yang baru ditanam. Mudahkan ?


Selain daripada dibiarkan merimbun di dalam pasu dan dibiarkan berjuntai ke bawah, pokok ini juga boleh dipacakkan kayu atau buluh di sebelahnya supaya ia dapat melilit kayu atau buluh tersebut ke atas.


Pokok ini juga boleh diletakkan didalam pasu kaca dengan sedikit air tanpa tanah atau kalau yang lebih kreatif lagi potong botol mineral, letakkan pokok Philodendron 'Gold' dengan sedikit air dan letakkan di atas meja pejabat anda atau di tepi tingkap ataupun di dalam bilik air bagi mencipta suasana segar yang sejuk mata memandang. Cubalah.....

;;